Wednesday, 27 September 2017

Kemahiran Belajar (Pengurusan Pembelajaran: Mengenali Gaya Pembelajaran Kendiri)


  • Pengurusan Pembelajaran


2.3 Mengenali Gaya Pembelajaran Kendiri



1)  KONSEP GAYA PEMBELAJARAN

  • ·         Pendekatan atau cara bagaimana seseorang itu belajar dalam memperolehi pengetahuan
  • ·         Cara seseorang individu bertindak balas terhadap dunia persekitarannya
  • ·         Pembelajaran merupakan kebolehan seseorang mengambil maklumat, merekod dan menfailkan maklumat tersebut supaya maklumat tersebut menjadi mudah apabila ingin digunakan



2)  MODEL-MODEL GAYA PEMBELAJARAN

  • ·         Setiap pelajar belajar dengan cara dan gaya pembelajaran yang berbeza antara satu sama lain 
  • ·         Perbezaan-perbezaan boleh dilihat dalam beberapa gaya pembelajaran 
  • ·         Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn
  • ·         Model Gaya Pembelajaran Honey dan Mumford
  • ·         Model Gaya Pembelajaran Kolb.  


2.1  MODEL GAYA PEMBELAJARAN DUNN DAN DUNN

  • ·         Perbezaan atau variasi seseorang individu dengan norma kumpulan wujud dalam sesebuah kumpulan 
  • ·         Perbezaan dari sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat.
  • ·         Perbezaan boleh dikesan berkait dengan aspek perkembangan fizikal, mental, emosi dan social
  • ·         Pengajar harus mengenal pasti kepelbagaian gaya pembelajaran para pelajar untuk membantu pengajar dalam membuat persediaan yang rapi dengan mengambil kira perbezaan latar belakang dan pengetahuan pelajar sebelum memulakan sesi pengajaran
  • ·         Strategi belajar bagi seseorang sangat berbeza di antara satu sama lain
  • ·         Gaya pembelajaran boleh dikategorikan kepada lima aspek, iaitu  persekitaran, emosional, sosiologikal, fizikal dan psikologikal
  • ·         Prinsip-prinsip yang didasarkan:

       - Kebanyakan individu mampu dan boleh belajar
       - Setiap individu mempunyai gaya pembelajaran tertentu
       - Gaya pembelajaran individu akan bertindak balas dengan iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran
       - Iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang dapat disesuaikan dengan gaya pembelajaran seseorang itu akan dapat mengoptimumkan proses pembelajaran.  


2.1.1  PERSEKITARAN
2.1.1.1  CAHAYA

  • ·         Memberikan kesan yang berbeza kepada individu
  • ·         Terdapat pelajar yang sangat sensitif terhadap cahaya
  • ·         Seseorang individu memerlukan persekitaran cahaya yang terang semasa belajar
  • ·         Menurut Siti Hawa Munji (1989), sebilangan pelajar suka akan cahaya terang kerana akan membuatkan mata mereka cepat letih atau mengantuk
  • ·        Sebahagian pelajar tidak suka sinaran cahaya yang terang kerana akan menjadikan mereka berasa silau dan tidak selesa untuk belajar
  • ·         Tobias (1996) telah menyatakan bahawa sesetengah pelajar tidak mengendahkan kepada cahaya yang terang semasa belajar.  Oleh itu, setiap pelajar seharusnya mengambil kira aspek berkenaan ketika memilih tempat yang sesuai untuk belajar. 


2.1.1.2  BUNYI

  • ·         Terdapat beberapa individu yang memerlukan bunyi seperti muzik di persekitaran mereka semasa belajar
  • ·         Mereka akan memasang radio sewaktu belajar terutamanya pada larut malam
  • ·         Bunyi radio dapat mengatasi suasana yang sunyi dan dapat memberi lebih konsentrasi terhadap pelajaran mereka
  • ·         Pelajar yang suka belajar dalam suasana yang sunyi akan lebih gemar belajar bersendirian berbanding perbincangan secara berkumpulan kerana perbincangan secara berkumpulan akan mengganggu konsentrasi mereka
  • ·         Menurut Ibrahim Abu Samah (1995), faktor persekitaran yang bising dan tidak menyenangkan akan mengurangkan minat seseorang pelajar terhadap pembelajaran mereka
  • ·         Sebenarnya, kebanyakan murid memerlukan persekitaran yang sunyi dan senyap untuk belajar supaya mereka dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran. 


2.1.1.3  SUHU

  • ·         Proses pembelajaran adalah lebih berkesan sekiranya dilaksanakan dalam suasana yang nyaman dan berhawa dingin
  • ·         Suhu yang panas akan menyebabkan fikiran dan emosi seseorang terganggu dan cepat berasa mengantuk
  • ·         Ini akan menyebabkan produktiviti seseorang semakin menurun
  • ·         Terdapat juga pelajar yang tidak dapat menumpukan perhatian dalam suasana yang sejuk dan berhawa dingin. 


2.1.1.4  REKA BENTUK

  • ·         Menurut Garger (1985), gaya pembelajaran individu ditentukan oleh personaliti individu yang berbeza
  • ·         Pelajar yang gemar belajar dalam keadaan formal memerlukan satu tempat yang khas untuk aktiviti pembelajaran mereka
  • ·         Golongan pelajar tersebut amat berstruktur dan mempunyai personality introvert
  • ·         Pelajar yang suka belajar di tempat informal seperti di katil atau lantai mempunyai personality ekstrovert
  • ·         Setiap pelajar harus tahu memilih tempat pembelajaran yang sesuai dan selesa agar dapat memberikan konsentrasi sepenuhnya terhadap pembelajaran mereka.  



2.1.2  EMOSI
2.1.2.1  MOTIVASI

  • ·         Daya penggerak utama yang menjamin kejayaan seseorang dengan kecenderungan menyeluruh untuk bertindak pada masa tertentu
  • ·         Seseorang individu akan mempunyai keinginan yang kuat untuk  bertindak ke arah mencapai maklumat apabila dia mendapat dorongan yang sepatutnya. 
  • ·         Insentif diberikan dalam bentuk markah, gred, hadiah dan juga kedudukan dalam kelas yang dikenali sebagai motivasi eksentrik
  • ·         Pelajar akan selalu didesak atau digalakkan supaya mereka akan bertindak untuk mendapatkan ganjaran
  • ·         Motivasi intrinsik juga sangat penting untuk pelajar bagi memberikan dorongan dalaman kepada mereka untuk turut serta dalam aktiviti pembelajaran
  • ·         Contoh-contoh dorongan dalaman termasuklah keperluan, minat, sikap dan juga emosi yang semula jadi
  • ·         Dorongan dalaman sangat penting kepada seseorang pelajar kerana apabila seseorang pelajar sukar memahami dan memperoleh pengetahuan dalam sesuatu pengajaran, pelajar tersebut akan mudah kehilangan minat dan kurang memberi tumpuan dalam pembelajarannya. 


2.1.2.2  KECEKALAN

  • ·         Kecekalan penumpuan yang tinggi bagi seseorang pelajar dapat membantu pelajar tersebut semasa belajar
  • ·         Oleh sebab tahap kecekalan antara setiap individu adalah berbeza, jadi waktu dan tempoh masa rehat antara para individu adalah berbeza
  • ·         Sesetengah pelajar mudah hilang minat serta berasa bosan terhadap kerja mereka kerana mereka hanya mampu menumpukan perhatian dalam jangka masa yang pendek sahaja
  • ·         Sebenarnya, kebanyakan pelajar mempunyai satu perangai yang buruk, iaitu suka menangguhkan kerja yang membosankan, sukar dan memerlukan usaha yang lama untuk menyiapkannya. 


2.1.2.3  TANGGUNGJAWAB

  • ·         Menurut Bell (1972), setiap individu haruslah tekun dan bertanggungjawab sekiranya dia ingin berjaya dalam pembelajaran
  • ·         Menurut Dunn dan Dunn (1978), pelajar yang mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap pelajarannya akan melaksanakan tugasannya dengan inisiatif sendiri
  • ·         Namun begitu, terdapat juga pelajar yang akan mengabaikan kerja sahaja dan tidak dapat menyiapkan kerja dengan baik. 


2.1.2.4  STRUKTUR

  • ·         Suatu peraturan spesifik yang digunakan untuk melaksanakan kerja dan menyiapkan tugasan
  • ·         Arahan yang jelas dan berstruktur dapat mendorong pelajar untuk belajar dengan lebih berkesan
  • ·         Terdapat juga pelajar yang lebih suka belajar dengan gaya bebas
  • ·         Pelbagai jenis struktur yang berbeza perlu diambil oleh pelajar untuk membuat keputusan yang terbaik.  

  
2.1.3  SOSIOLOGI
2.1.3.1  DIRI SENDIRI

  • ·         Sesetengah individu yang lebih suka belajar secara bersendirian dan tidak mahu diganggu semasa mereka belajar
  • ·         Mereka lebih selesa bersendirian berbanding belajar dengan kawan-kawan mereka kerana mereka kurang gemar membuang masa untuk bercakap sesama rakan yang akan menjadikan mereka tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pembelajaran mereka. 


2.1.3.2  BERPASANGAN

  • ·         Individu yang belajar secara berpasangan adalah individu yang lebih suka belajar dengan kehadiran individu yang rapat dengannya
  • ·         Pasangannya adalah teman paling karib dan mereka dapat berinteraksi secara dua hala dalam perbincangan. 


2.1.3.3  RAKAN SEBAYA

  • ·         Pembelajaran dalam bentuk kumpulan yang biasanya melibatkan lebih daripada dua orang rakan sebaya
  • ·         Banyak melibatkan perbincangan dan perkongsian idea-idea tentang cara pembelajaran yang berbeza. 


2.1.3.4  ORANG DEWASA

  • ·         Pelajar boleh menyoal atau mengemukakan soalan apabila menghadapi sesuatu masalah ketika sedang menjalankan pembelajaran
  • ·         Pelajar yang kurang selesa belajar dengan pelajar yang lain akan berasa lebih selesa belajar bersama guru atau orang dewasa.  


2.1.4  FIZIKAL
2.1.4.1  PERSEPSI PANCAINDERA

  • ·         Merujuk kepada penggunaan variasi semua lima pancaindera semasa memproses dan mengingat maklumat oleh setiap individu
  • ·         Pembelajaran ialah satu proses yang bermula dengan penanggapan rangsangan yang diterima oleh pancaindera
  • ·         Model Dunn dan Dunn menekankan pembelajaran yang menggunakan kaedah untuk mengingat informasi secara visual, auditif, taktual dan kinestetik. 


2.1.4.2  MAKANAN DAN MINUMAN

  • ·         Sebahagian individu belajar dengan lebih berkesan sekiranya mereka makan atau minum semasa belajar kerana tekanan ketika belajar dapat dikurangkan melalui makan dan minum
  • ·         Sebahagian pelajar tidak suka makan semasa belajar kerana bagi mereka makan dan minum akan mengurangkan daya tumpuan mereka semasa menjalankan aktiviti pembelajaran. 


2.1.4.3  WAKTU/TEMPOH BELAJAR

  • ·         Memainkan peranan dalam membantu pelajar sama ada berasa lebih segar apabila belajar pada waktu pagi atau lebih suka akan persekitaran yang sunyi dan tenteram pada waktu malam untuk mendapat proses pembelajaran yang paling berkesan
  • ·         Waktu perdana sangat penting semasa proses pembelajaran kerana pada masa tertentu tersebut pelajar akan dapat belajar dengan paling berkesan
  • ·         Menurut Haynes (1989), waktu perdana didefinisikan sebagai waktu seseorang individu paling bertenaga untuk menyiapkan sesuatu tugas dengan baik. 


2.1.4.4  PERGERAKAN/MOBILITI

  • ·         Sesetengah pelajar gemar beralih tempat duduknya sekiranya belajar untuk jangka masa yang lama
  • ·         Contohnya, bergerak untuk mendapatkan makanan, minuman ataupun berpindah ke tempat lain untuk meneruskan pembelajaran mereka. 



2.1.5  PSIKOLOGI
2.1.5.1  ANALITIK/GLOBAL

  • ·         Pelajar yang analitik akan melakukan tugasan secara teperinci dan lebih fokus terhadap setiap aktiviti pembelajaran yang dilakukan
  • ·         Golongan pelajar ini akan melakukan satu perkara sahaja dalam satu masa
  • ·         Pelajar global akan melihat sesuatu gambaran dengan lebih luas dan terbuka
  • ·         Pelajar ini akan lebih cenderung untuk bekerjasama dalam bentuk berkumpulan berbanding dengan membuat sesuatu perkara secara individual. 


2.1.5.2  IMPULSIF/REFLEKTIF

  • ·         Pelajar yang impulsif lebih suka membuat keputusan yang cepat dan serinf mengikut gerak hati apabila melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran
  • ·         Pelajar yang reflektif akan lebih berhati-hati semasa membuat kerja
  • ·         Bersifat prihatin dan berfikir secara mendalam sebelum melibatkan diri dalam proses pembelajaran. 


2.1.5.3  DOMINAN OTAK KIRI/KANAN

  • ·         Otak manusia terbahagi kepada dua bahagian, iaitu otak kiri dan otak kanan
  • ·         Otak kiri mengawal tindakan manusia dari aspek bahasa, matematik, logik, sekuens, linear dan juga analisis
  • ·         Otak kanan berfungsi dalam aspek bentuk, ruang, lukisan, corak, holistik, rentak dan juga irama.  



2.2  MODEL GAYA PEMBELAJARAN HONEY DAN MUMFORD

  • ·         Gaya pembelajaran didefinisikan sebagai penerangan ke atas sikap dan tingkah laku individu yang mengamalkannya
  • ·         Dibahagikan kepada empat kumpulan:

-          Aktivis
-          Reflektif
-          Teoris
-          Pragmatis

2.2.1  AKTIVIS

  • ·         Sikap tidak sabar
  • ·         Perasaan ingin tahu yang tinggi
  • ·         Bergerak pantas dan cepat membalas
  • ·         Gemar pengalaman baru
  • ·         Penuh semangat
  • ·         Fleksibel
  • ·         Motivasi intrinsik
  • ·         KBKK


2.2.2  REFLEKTIF

  • ·         KBKK
  • ·         Suka mentafsir dan menilai sesuatu perkara
  • ·         Suka mencari hakikat sebenar
  • ·         Sikap berhati-hati pendengar yang baik
  • ·         Kerja dan sistematik
  • ·         Tidak terburu-buru semasa membuat keputusan


2.2.3  TEORIS

  • ·         Memiliki fikiran rasional dan logikal
  • ·         Sikap berdisiplin
  • ·         Kurang kreatif
  • ·         Suka bentuk hipotesis suka mengesan sebab dan akibat
  • ·         Suka mengkaji fenomena yang berlaku


2.2.4  PRAGMATIS

  • ·         Bersifat praktikal
  • ·         Pentingkan bukti dan hakikat
  • ·         Percaya perkara yang dapat dilihat
  • ·         Utamakan kegunaan dan penggunaan
  • ·         Lebih bersifat ekspresif daripada kreatif
  • ·         Suka membuat perbandingan


2.3  MODEL GAYA PEMBELAJARAN KOLB
  • ·         Membahagikan gaya pembelajaran kepada empat kategori

-          Imaginatif dan kreatif
-          Teori analisis
-          Praktik
-          Intuitif dinamik

2.3.1  IMAGINATIF DAN KREATIF
  • ·         Persoalan “Mengapa?’
  • ·         Individu akan membuat pengamatan terhadap maklumat yang ada secara konkrit dan memproses maklumat tersebut secara reflektif
  • ·         Suka mencari makna dan sebab-sebab mempelajari sesuatu maklumat
  • ·         Suka pelbagai aktiviti yang membolehkan mereka berinteraksi dan berkongsi idea dengan orang lain

2.3.2  TEORI ANALISIS
  • ·         Persoalan “Apa dia?”
  • ·         Maklumat yang diperolehi adalah secara abstrak dan diproses secara reflektif
  • ·         Suka mencari fakta-fakta untuk menjelaskan konsep dan membuat analisis tentang sesuatu maklumat

2.3.3  PRAKTIK
  • Persoalan “Bagaimanakah ia berfungsi?”
  • Ingin mengetahui kaedah atau cara-cara sesuatu benda berfungsi
  • Lebih suka membuat atau mencuba sendiri untuk menambahkan pengalamannya dalam mengendalikan pelbagai benda
  • Mengamat maklumat secara aktif dan memproseskannya secara aktif
  • Gemar mencari kegunaan maklumat yang diperolehi
  • Belajar menguji teori untuk mengetahui kegunaannya


2.3.4  INTUITIF DINAMIK
  • ·         Persoalan “Apakah kegunaan baru yang boleh saya cipta?”
  • ·         Membuat pengamatan terhadap maklumat secara konkrit dan memproseskannya secara aktif
  • ·         Suka mencari perkara baru yang belum diketahui untuk memperolehi maklumat
  • ·         Cuba mencari sesuatu yang boleh direka bentuk berdasarkan maklumat baru
  • ·         Suka berinteraksi dengan orang lain
  • ·         Belajar melalui kaedah cuba jaya dan inkuiri